Friday, November 27, 2009

salam aidil adha

juadah di pagi raya

Salam aidil adha semua. Hari ni IP ke rumah orang tua IP. Dapatlah menikmati juadah raya. Ada ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Lumrahnya rumah orang tua lah jadi tempat kumpul adik beradik dan saudara mara. Cuma di Kuala Lumpur ni raya disambut bersederhana sahaja. Tapi masjid hari ni penuh. Cuti sempena raya. Tak pun ramai yang tak balik kampung kot. Tapi IP difahamkan negeri belah pantai timur tu sambutannya meriah. Ntahlah orang la bercerita. Malah IP perhati sahabat2 dari Kelantan umpamanya pasti akan balik pada raya korban ini. Malu pulak nak cakap. Satu2nya negeri kat semenanjung ni IP belum lawati negeri Kelantan. Jadi kekawan yang dari Kelantan tu kalau ade yg nak jemput IP silakan. Tak pun mana tau tersesat pulak nanti. Senang la nanti ade tempat bermalam. Tak pun jadi tourist guide IP nanti haha.

p/s : tourist guide tu perkhidmatan dibayar tau...

Wednesday, November 25, 2009

Rimbun dan Redup kasihMu...

gambar hiasan

Permaidani - Aris Ariwatan

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat kuberpayung
Di manakah lagi dapat kurebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan Penyayang
Pun kumasih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau kusedari

Oh...nyamannya
Bila dipelukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkanku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang kugalas ini
KepadaMu titianku
Hijrahkanlah diri ini


Walau sekadar lagu. Tapi liriknya cukup mengesankan IP. Apa yg tersirat di sebalik itu. Apatah lagi kala hati menghadapi dugaan besar. Acapkali tak tergalas di bahu ini. Sesungguhnya ketenangan ini hadir dengan munajat kepadaNya.

p/s : marilah kite nyanyikan sama2 hehe
sori la kalau ade yg tersekat2 tu kene abis muat turun dulu baru lancar...

Monday, November 23, 2009

3 sebab IP pegi sekolah hari ni

alma materku

IP ke sekolah hari ni. Pertama sbb nak pulangkan buku koku kat bebudak tu. Kedua nak kepastian seorang anak didik IP masuk hospital. Calon SPM pulak tu. Maknya telefon dari hari Jumaat lalu. Anaknya masuk HKL kerana serangan virus. IP nk pastikan sahaja guru bertugas maklumkan kat jabatan. Ketiga nak jumpa Pengetua nk sahkan sijil dan jadi pengadil IP untuk mohon kemasukan ke UPM atau UKM. Ade ceritanya...

IP dah dapat tawaran UM hari tu. Tapi bila tanya Bahagian Tajaan KPM. IP dinasihatkan mencari U lain. UM semester ni tawarkan 15 kredit untuk kerja kursus dan 40 kredit untuk tesis. Seolah2 dah macam penyelidikan penuh lak.Tak tau apsal berubah lak mungkin nak jaga ranking kot!.Tak sama dengan syarat KPM. Apalagi terpaksalah IP mencari tempat lain surveylah UKM, UPM, UIA, UPSI dan USM. Malangnya kesemua U permohonannya dah tutup. Nasib la UPM masih boleh online tapi utk pengambilan tahun depan. IP online dan buat jugak surat rayuan kpd Dekan. Hari ni IP pegi UPM hantar borang pemohonan ke Sekolah Pengajian Siswazah. Lepas tu ke Fakulti Pendidikan merayu lak kat sana. Jumpa juga Prof Datin kat sane. Walaupun semuanya tampak ok tapi bimbang jugak kalau tak dapat. Untuk sesape yg baca nih tolong la doakan IP. Supaya dapat tempat untuk belajar buat master ni kat UPM yea.


Friday, November 20, 2009

Sekolah Bercuti...

meja dikosongkan

Hari ni hari akhir persekolahan. Lega keje dah selesai. IP ambil kesempatan kosongkan meja. Semua cikgu diminta mengemaskan barang. Cuti ni bilik guru nak disusun atur semula. Bagi yang mengawas peperiksaan dan memeriksa kertas tak lah cuti sepenuhnya. Tapi tak pe duit masyukk.

Untuk semua sahabat selamat bercuti. Tak kiralah guru ke tidak. Bila ada anak2 tu secara tak langsung terlibat sama. Cuti-cuti Malaysialah nantinya. Tentu dah plan nak bercuti. Apalagi balik kampunglah. Sudah boleh merancang perjalanan. Untuk yang berada nun jauh di perantauan selamat kembali. Buat Cikgu Adham, Kapit Sarawak dan kekawannya selamat kembali. Buat Cik Amy kita tu kat Kuching, Sarawak pun selamat kembali. Dapatlah berjumpa dengan orang yang tersayang. Sebelum balik tu bawaklah oleh2 dari Bumi Kenyalang. Kalau tersesat kat KL ni bolehlah bingkiskan untuk IP hehe.

p/s : SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA...

Thursday, November 19, 2009

SPM berlangsung...

pelajar membuat persediaan akhir

Hari ni hari kedua peperiksaan SPM. Semlm berlangsung paper IP, Sejarah 1. Pelajar komplen soalan agak sukar. Pesan IP biarkan berlalu jgn semak lg jawapan. Nanti terganggu pulak. Syukur Alhamdulillah Paper 2 hari ni byk soalan yg spot keluar. Tapi bebudak ni payah nak ramal. Terutamanya pelajar yang kelas belakang tu. Tadi Sempat IP bagi tips terakhir.

Kali ni ramai calon sakit. Selain yg patah kaki. Ditempatkan di klinik. Semalam ada sorang lg. terhincut2 katanya jatuh kat tandas. Sorang lg calon memang sakit ditempatkan di bilik gerakan. Ade yang cirit birit pulak. Pagi ni ade calon masuk hospital. Jumpa maknya di pejabat. Katanya sejak semlm anaknya muntah2. Maknya pun dah mula titiskan air mata. Tapi IP terangkan tak perlu bimbang. Sebab kat HKL tu ade pusat utk calon hospital.

Sebelum paper B.Ing tadi. Ketua Pengawas telefon IP katanya ade pelajar sakit perut. Sengugut katanya. Anak dara IP sorang ni diberinya no. telepon IP. Guna talian hayat pulak. Yang ketua pengawas ni pun satu teleponlah sekolah. Tak pun su peperiksaan. Nasib baik IP jumpa guru bertugas. Mintak naik bawaklah minyak angin. Bila IP tanya balik guru bertugas tu kata dah bagi panadol. Balik tu jumpalah budak ni dah ok katanya. Ye la siap bawak motor lagi.


p/s : semlm hari pertama sempat lg IP menebas rambut sorang budak ni. Panjang sampai bahu. Budak yang patah kaki tu. Kesian jugak. Tapi dah big boss arahkan. Kenalah akur pada arahan.

Monday, November 16, 2009

Sekitar Majlis Mohon Restu Tingkatan 5

Taklimat terakhir menjelang SPM oleh Pengetua

Mohon restu dimulakan oleh pelajar lelaki

Diikuti oleh pelajar perempuan

pelukan kasih seorang guru

laa ini nangis ke gelak

Jamuan pelajar kelas 5J. KL citizen dengan pengetua. sedondonnya...

anak2 didikku 5 Jaya

anak2 daraku hehe

Hari ini berlangsung majlis mohon restu ting. 5. Setelah abis susun meja. Tampal slip. Mendengar pula ceramah motivasi sebagai persediaan terakhir. Majlis diakhiri dengan acara mohon restu. Pelajar diminta 'membersihkan' dosa dengan bermaafan dengan guru. Selain itu, memohon restu daripada 'mak ayah' mereka ini. Majlis pula diiringi dengan selawat Nabi SAW. Seiring dengan itu hujan turun mencurah2. Begitu juga air mata yang tumpah. IP lihat sekeras mana hati bebudak ni tapi bila bersemuka dengan guru. Luruh juga hati perasaan memasing. Lepas itu kelas IP mengadakan jamuan ringkas. Sponsornya PK Koku yg mengajar BM kelas tu. Sebagai 'bapak tiri' IP ucapkan terima kasih. Beliau begitu rapat dengan bebudak ni. Sekalung harapan dan doa IP kepada pelajar SPM SMKTSW khususnya pelajar 5J agar mereka tenang dan terang hati ketika menjawab nanti. Mudah2an juga mereka sihat sentiasa dan dapat mencapai keputusan cemerlang nanti. Insya'Allah


p/s : minggu ni last utk siapkan segala2 nya. IP tak selesai lg ni. Rasanya cikgu yg tak pegang kelas dan yg ngajar sekolah rendah tu dah hampir settle semuanya. Bolehlah siap bercuti. Tak gitu cik amy ...

Friday, November 13, 2009

Pelajarku monteng...

pelajar yang terlibat diawasi oleh guru disiplin...

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo semalam melaporkan seramai 178 orang pelajar termasuk 9 orang pelajar perempuan ditangkap dalam Operasi Ponteng Jom ke Sekolah. Hasil kerjasama PPD Keramat, polis, DBKL dan AADK. Menurut pelajar ni mereka tak ke sekolah kerana tak ade P&P. Kononnya peperiksaan dah abis. Cikgu pulak nak tumpukan pelajar SPM. Kesemua mereka telah dihubungi penjaga masing2. Manakala pihak AADK menjalankan urin test. Walaupun begitu, keputusan semuanya negatif.

Apa yang 'syahdunya' yang terlibat itu ade pelajar SMKTSW. Sekolah IP sendiri. Walaupun mukanya dikaburkan tapi boleh cam jugak. Buat malu sekolah aje. Bebudak ni ponteng masa Majlis Graduasi rabu lalu. Kebetulan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 ditangguhkan. Ape lagi ambik kesempatan lah tu. Untuk Guru Disiplin Cikgu Azham (dalam gambar)...wah glamerlah hang macam selebriti. Keluar gambar muka depan Utusan. Akhbar Kosmo ade lagi muka hang tu haha.

p/s : bebudak ni kalau nak monteng dok rumah lah. Pakai pulak baju sekolah. Nyusahkan orang saje.