Wednesday, November 11, 2009

Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMKTSW

Hari ni berlangsung Majlis Graduasi Ting. 5. Bertujuan mengiktiraf pelajar senior ni dr segi pencapaian dan jasa bakti. Juga sebagai rangsangan dan kenangan abadi di SMKTSW. Walaupun dibuat di dewan SMKTSW. Tapi kemeriahannya tetap dirasa. Apatah lagi pelajar berjubah. Guru pun berjubah juga. Malas nak cerita banyak tengok je la gambar di bawah ni. Tapi sorilah gambar kurang jelas sebab pakai henpon. Kameranya entah di mana.

Persediaan guru. Ada teman IP seronok pakai jubah katanya. Sebab masa konvo dulu dia tak pergi. Tak pelah nanti boleh framekan. haha

Pelajar menantikan ketibaan VIP. Pelajar lelaki berbaju Melayu manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung hitam.

Sape pulak ni? Macam kenal aje... Orang kuat SMKTSW tanpanya majlis tak boleh berlangsung hehe. jangan mare

Persembahan tarian inang. Selain itu ada nyanyian koir, nyanyian kumpulan gitar dan sketsa drama. semua persembahan menarik first class

upacara penyampaian sijil oleh VIP.Di depan pentas tu yang macam batang kayu tu ialah kayu cokmarnya.

Muzik iringan kumpulan gamelan dari SMK Wangsa Melawati. Dengar cerita setnya sahaja mencecah RM 18 ribu. Nak beli pk dua kali gak

ini salah seorang tenaga pengajarnya...Prof Madya...haha

Majlis berlangsung dengan meriahnya. Harapan daripada warga SMKTSW termasuk pendidik dan ibu bapa biarlah pelajar dapat menjawab SPM minggu depan dengan tenang. Keputusannya nanti biar juga meningkat. Dan majlis ini menjadi kenangan buat pelajar yang akan meninggalkan SMKTSW. Termasuklah gurunya sekali haha.

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...

7 comments:

sonata anak kancil said...

tahniah! belum ke univ.dah merasa pakai jubah....

ahmad humairi said...

salam,

uih!!! meriahnya..tahniah!

Che' Pit said...

hmm sekolah harian pun dah ada majlis graduasi.. biasanya MRSM jer, hehe..

apa2 pun tahniah kepada semua pelajar dan cikgu yg bertungkus lumus mengajar..

insan pendidik said...

salam sonata,

Bebudak tu tak semuanya nanti akan merasa berjubah. Biarlah ini menjadi pengalaman berguna buat mereka.

Harapan juga agar mereka teruja untuk bergelar graduan universiti nanti.

insan pendidik said...

salam ahmad humairi,

terima kasih. IP rase inilah majlis graduasi tingkatan 5 yg plg meriah IP hadiri.

insan pendidik said...

salam Che'Pit,

kat KL ni trend graduasi ni dah ade sejak akhir tahun 1990-an lalu. Cuma kini dah jadi aktiviti tahunan sekolah2 kat KL pula.

Cik Amy Sensei said...

salam..

eemm..majlis graduasi tingkatan 5 yang nampak menarik..tahniah dan syabas buat sekolah awk..boleh juga dorang merasa pakai jubah di peringkat menengah lagi..huhu..

ermm..dalam banyak-banyak gamba tuu...tang yang prof madya tuu macho skeeett...hahaha..tgk macam gaya dr dah tuu...hekhek..

jangan mareeeee prof madya.. :)